Hari ni serius bengang ngan murid2.Aku tahu diorang ni mmg xder minat belajar tapi sebagai seorang guru,x wajar rasanya aku nak biarkan diorang ni tersadai takde sapa nak tunjuk hala tuju.Kenyataannya bukan mudah nak mengajar diorang ni walaupun ramai kat luar sana ckp cikgu kerja 5 hari jer,balik setengah hari..cuti banyak..
Hanya jauhari mengenal maniam...ooppss sori manikam,aku x cakap kerja lain senang tapi sebenarnya semua kerja ada senang dan susahnya sendiri.Ramai cikgu stress sebenarnya,termasuklah aku sendiri...aku rasa patut Kementerian Pendidikan hantar seorang kaunselor secara berkala di kawasan pedalaman di mana cikgu-cikgi ditempatkan.Tekanan persekitaran daripada orang kampung yang tak reti bahasa,minda tertutup,masalah rumahtangga ( terpaksa berjauhan dengan anak dan isteri ),dan yang nyata jauh dari perkembangan semasa.
Kaunselor ni boleh la bantu naikkan semangat cikgu2 yang dah malap semangatnya.Contohnya kalau cikgu tu dah 5 ke 6 tahun berkhidmat di kawasan pedalaman,otak dah tepu sbb x digilap,jadi selesa dalam zonnya sendiri.Kesannya cikgu2 ni akan jadi kurang produktif.Aku sedar aku membebel tulis panjang2 ni bukan ada org yang baca dan ambil perhatian perkara ni tapi sekurang2nya aku luahkan juga pendapat dan rasa hati aku.Legalah sikit.
Percayalah sesi kaunseling boleh membantu.Aku dulu waktu sekolah menengah,pelajar bermasalah.Bergaduh dan bertumbuk jadi hobi aku dan aku selalu ponteng sekolah sbb xder duit tambang bas.Nasib baiklah cikgu kaunseling masa tu ( Cikgu Daud nama dia) byk tolong menyedarkan aku apa yang aku buat salah.Bilik kaunseling tu jadi kelas kedua aku.
Kesimpulannya,Aku Stress...........
No comments:
Post a Comment