Hari ni serius bengang ngan murid2.Aku tahu diorang ni mmg xder minat belajar tapi sebagai seorang guru,x wajar rasanya aku nak biarkan diorang ni tersadai takde sapa nak tunjuk hala tuju.Kenyataannya bukan mudah nak mengajar diorang ni walaupun ramai kat luar sana ckp cikgu kerja 5 hari jer,balik setengah hari..cuti banyak..
Hanya jauhari mengenal maniam...ooppss sori manikam,aku x cakap kerja lain senang tapi sebenarnya semua kerja ada senang dan susahnya sendiri.Ramai cikgu stress sebenarnya,termasuklah aku sendiri...aku rasa patut Kementerian Pendidikan hantar seorang kaunselor secara berkala di kawasan pedalaman di mana cikgu-cikgi ditempatkan.Tekanan persekitaran daripada orang kampung yang tak reti bahasa,minda tertutup,masalah rumahtangga ( terpaksa berjauhan dengan anak dan isteri ),dan yang nyata jauh dari perkembangan semasa.
Kaunselor ni boleh la bantu naikkan semangat cikgu2 yang dah malap semangatnya.Contohnya kalau cikgu tu dah 5 ke 6 tahun berkhidmat di kawasan pedalaman,otak dah tepu sbb x digilap,jadi selesa dalam zonnya sendiri.Kesannya cikgu2 ni akan jadi kurang produktif.Aku sedar aku membebel tulis panjang2 ni bukan ada org yang baca dan ambil perhatian perkara ni tapi sekurang2nya aku luahkan juga pendapat dan rasa hati aku.Legalah sikit.
Percayalah sesi kaunseling boleh membantu.Aku dulu waktu sekolah menengah,pelajar bermasalah.Bergaduh dan bertumbuk jadi hobi aku dan aku selalu ponteng sekolah sbb xder duit tambang bas.Nasib baiklah cikgu kaunseling masa tu ( Cikgu Daud nama dia) byk tolong menyedarkan aku apa yang aku buat salah.Bilik kaunseling tu jadi kelas kedua aku.
Kesimpulannya,Aku Stress...........
Monday, February 13, 2012
Monday, February 6, 2012
Persekitaran yang kondusif : part 1
Sebagaimana tajuk di atas,guru-guru SKPP telah menjalankan aktiviti melukis mural di dinding2 blok pejabat dan blok kelas.Berbakat besar masing2,kalau tak jadi cikgu leh jadi pelukis la..Cerita banyak x guna meh usya hasil karya guru2 di SKPP...
Cikgu Fizri Fuyooh sedang melakar di dinding...nak lukis gambar anjing katanyer....
Cikgu Naza @ Romeo ni plak tengah ukur ketinggian di dinding gamaknya..biarlah dia....
Cikgu Jambri AKA Ayahanda ni plak suka melukis malam2 buta..Katanya sejuk dan
menyejukkan..lagi plak ramai yang tolong tapi org biasa x nampak..
Mural paling mantap setakat ni.Ustaz Hairozi & Ustaz Naza memang team yang paling kondusif la.
Cikgu Shahrir mulanya nak tulis lirik lagu ku gigit-gigit cuping telinga mu tapi lain plak jadinya..tapi atas tu kuda belang ke anjing???
Team paling misteri ialah team Panitia Bahasa Inggeris,tiba2 jer lukisan mural diorang ni siap..Cikgu Ju & Cikgu Fizri katanyer dapat ilham bila melihat kucing sesat yang suka meleser2 di kaki..entah betul ke tidak x taulah...
Yang ni bahagian aku..tapi x siap lagi...banyak semut api kat tanah tu..letih aku kena gigit...
Setakat ni dulu untuk part 1,Part 2 akan menyusul bila dah complete mural2 ni semua...Walaupun x secantik mana kalau nak dibandingkan dengan sekolah2 di darat,tapi kira banggalah jugak dapat buat mural ni dengan sumber dan kelengkapan yang terhad..mcm org suh pos surat tapi setem x bagi..mcm tu lah jugak kes kiteorang ni...suh buat persekitaran yang kondusif tapi peralatan dan cat tak kondusif..Chow......
Subscribe to:
Posts (Atom)